3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Bagi memastikan penyelidikan berjalan lancer, beberapa kaedah telah ditentukan bagi mengumpul segala data-data yang diperolehi. Dalam kaedah pengumpulan data pengkaji menggunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu data primer dan data skunder.
3.4.1 Data Primer
Data primer adalah data utama yang digunakan oleh pengkaji bagi memperolehi hasil dapatan yang baik. Data ini diperolehi melalui boring soalselidik yang diedarkan kepada sekumpulan responden. Menurut Mohd Shaffie Abu Bakar (1991), data sumber primer merupakan data asli yang diwujudkan oleh penyelidik sendiri samada melalui kajian selidik dan kajian kes.
3.4.2 Data Sekunder
Data sekunder adalah data tambahan yang diperolehi melalui sumber bertulis hasil daripada pembacaan, tesis, bahan perpustakaan yang biasanya boleh dirujuk dari majalah, surat khabar, jurnal, buku dan internet. Menurut cooper dan schindler (1998), data sekunder merupakan data sedia ada yang telah dihasilkan oleh penyelidik atau institusi lain sebelum ini.
3.5 Instrument Kajian
Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah boring selidik dibina oleh pengkaji sendiri bersama penyelia dimana boring soal selidik ini digunakan untuk mendapat data daripada penumpang yang menggunakan perkhidmatan feri di Pengkalan Sultan Abdul Halim Butterworth. Keseluruhan soalan yang disoal dalam boring ini dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Selain itu, ia juga dapat mencapai objektif kajian yang telah dibuat.
Terdapat 2 bahagian soalan dalam boring soal selidik yang diajukan kepada responden iaitu bahagian A dan bahagian B. bahagian A berkaitan latar belakang responden dan bahagian B berkaitan persoalan utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
3.5.1 Bahagian A (latar belakang)
Terdapat enam soalan yang akan diajukan seperti nama, umur, jantina, bangsa, statu warganegara, saya sering menaiki feri bersama dan kekerapan menaiki feri dalam seminggu.
3.5.2 Bahagian B (persoalan utama kajian)
Terdapat beberapa soalan yang akan diajukan seperti feri yang saya naiki mempunyai kemudahan seperti tong sampah, kebersihan tandas, jaket keselamatan, ruang merokok, keadaan kerusi mencukupi atau tidak, papan tanda yang mudah dilihat dan masa perjalanan lambat atau cepat. Skala market likert adalah skala yang paling kerap digunakan untuk mengukur perilaku manusia oleh pengkaji. Skala tersebut terdiri dari penyataan dan disertai jawapan berpuas hati atau tidak berpuas hati, selalu atau tidak selalu, cepat atau lambat, baik atau buruk, setuju atau tidak setuju dan sebagainya.
Ianya disokong oleh cooper (1998) yang menyatakan skala market likert adalah skala yang sering digunakan di dalam variasi daripada skala rating summated. Skala summated terdiri daripada penyataan yang menyatakan sama ada sikap menguntungkan atau tidak menguntungkan terhadap sesuatu objek. Manakala skala market likert menyatakan bahawa para responden diminta untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan setiap pernyataan yang diajukan. Responden diberi nilai numeric untuk mencerminkan tingkat sikap yang menguntungkan dan skor boleh tercapai untuk mengukur sikap para responden.
Menurut beliau juga skala market likert digunakan untuk membantu pengkaji membandingkan skor seseorang penumpang dengan skor kumpulan yang diedarkan dapat ditakrifkan dengan baik. Skala market likert juga digunakan ketika pengkaji ingin melakukan pembaikkan dan percubaan kajian buat kali terakhir. Pengkaji boleh mengukur sikap sebelum dan sesudah eksperimen atau menilai apakah usaha pengkaji mempunyai kesan yang diingini atau tidak.
No comments:
Post a Comment